Menjejak kenangan lama : McDota Fried Chicken sejak 1978



 Asalamualaikum semua

Minggu lepas, ada la pergi makan direstoran McDota Fried Chicken dekat Sg Petani. Depan Pejabat buruh. Dengar kata pada tahun 90-an, restoran ini memang popular kat sini, dan masa kecik-kecik dulu, family slalu datang makan kat sini. Tapi aku langsung tak ingat. Mungkin masa tu aku kecik lagi kan. Pada mulanya, nak singgah makan di tempat lain, tapi bila teringatkan mak pernah cerita tentang kesedapan makanan kat restoran ni masa waktu dulu-dulu, jadi terus singgah kat sini.


Board yg dipasang depan restoran

Kalau korang semua nak tau, restoran ni memang dah lama bertapak kat Sg Petani, sejak 1978. Fuh, lama kan. Kalau tengok kat gambar board yang dipasang depan restoran ni pun dah boleh agak tahun 80-an dulu-dulu. Mungkin tokey kedai ni sengaja biarkan board ni terpasang  untuk nostalgia lama-lama kot.hehe

Bila dah masuk tu, bila tengok je dinding dan alatan kat dalam tu, terus terbayang restoran zaman 80-an yang aku tengok kat TV. Masa tu restoran tu baru buka, kira aku la pelanggan pertama diorang kan. Terus staff kat situ cepat-cepat pasang air cond, hehe. Aku duduk hujung skali, dekat dengan kipas.


Susun atur restoran
Tengok je menu kat situ, jadi rambang mata nak pilih makanan apa sebab nampak menarik, sebab ingatkan restoran ni just buat ayam goreng je pada mulanya. Macam macam ada dari mee goreng, sampai la aiskrim. Aku sampai waktu tengah hari, tapi tak sangka waiter tu kata semua yang ada kat menu tu boleh buat, nasi goreng, charkoayteaw pun boleh goreng on the spot. Hebat kan.. 




Harga makanan kat sini biasa-biasa je, tak de la mahal sangat pun. Masa ni, order pembuka selera dulu iaitu sup cendawan ,then main dish ialah snack plate dan air sarsi. Restoran ni bukan fast food tau, just sama je macam restoran kat luar tu. Dalam 5 minit sampai la minuman dan sup cendawan sebagai pembuka selera.
.

Sup Cendawan dan Air Sarsi : RM4.10
Kemudian tiba la ayam goreng McDota,10 minit kemudian..
McDota Snack plate ( ayam, kentang dan bun ) : RM4.50
Dari segi rasa tu, biasa-biasa jugak la.Sup cendawan tu boleh tahan, memang agak sumber dari sup cambell ni, sebab rasa sebijik je.hehe.. Ayam goreng ni tak de tepung, kira ada rempah ratus kot dan kalu tengok dari luar macam ayam goreng kunyit yang kat rumah. Rasanya ayam ini bukan dimasak dalam periuk tekanan tinggi, tapi goreng biasa je. Tapi sedap jgk la walaupun tak dapat menandingi ayam KFC.. Walaupun simple je hidangan je, tapi aku rasa ayam ni ada rasa tersendiri bagi pengemar ayam McDota. Bagi aku, sama je macam ayam masak kat rumah...hehe.
 
Konsep restoran ini berbentuk family restaurant, jadi bagi remaja zaman sekarang mungkin tak singgah kat sini, sebab Marrybrown, McDonald dan KFC memberi lebih keselesaan untuk lepak dan bersembang dengan rakan-rakan. Bagi family, tempat ni agak sesuai sebab banyak jenis makanan yang boleh di order dan keadaan tempat ni yang retro seperti zaman 90an yang menimbulkan suasana kekeluargaan.

Ok. Apa lagi pengembaraan seterusnya.. Jumpa lagi pada post akan datang..


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Step-step apabila ingin berhenti kerja

Sejarah Jam Besar Sg Petani